IRIDOLOGI

iRIDOLOGI,, Bagaimana saya bermula dan mengenali kaedah iridologi,mungkin  ada setengah  pihak mengatakan kaedah iridologi ini  satu kaedah yang bohong hanya rekaan semata-semata. Bagi saya biar lah apa orang nak kata kerana, saya mempunyai sejarah saya sendiri kerana kaedah iridologi banyak membantu saya. Pernah satu ketika dahulu anak saya dihidapi penyakit telesemia ,saya telah bawa berubat kemerata tempat tidak  kira  bomoh,pawang doktor alternatif ,doktor pakar,hospital  swasta, dengar sahaja ada orang pandai berubat saya dan suami akan pergi  membawa anak saya berubat, anak saya terlantar diHospital kerajaan, dan kami  terpaksa berulang alik kehospital. Doktor hanya mengambil darah buat ujan hingga anak saya semakin hari semakin kurus namun begitu saya tidak pernah salahkan  doktor , kerana mereka telah berusah payah dan doktor itu juga  pernah mengatakan  bahawa anak saya  mungkin mampu hidup enam bulan. namun kami pasrah,  mungkin ini ujian dari yang maha kuasa  Ramai yang simpati dengan keadaan kami ,ada juga yang menderma,kalau nak cerita pasal wang ringgit tak kira berapa yang dah habis,pinjam ,bergadai,susah payah semua  telah kami lalui.kami bersyukur dan berterima kasih  kepada mereka -mereka yang telah membantu kami semada wang ringgit,tenaga dan nasihat semoga Allah jua lah   yang dapat membalas jasa mereka,amin. Nasihat saya kepada anda, menghindari  penyakit atau mengetahui lebih awal adalah lebih baik dari mengubatinya.
Cerita tentang iridologi ,disini  lah saya bertemu saorang pakar iridologi yang memeriksa kaedaan anak saya dan memberitahu puncanya dan kami mengikuti nasihat dan mengambil ubat homeopath untuk anaksaya dan terus belajar iridologi dari basic hingga lah advance iridologi  bermula tahun pada 1991terima kasih Dr Bernard. Jensen,Dr zuko, Dr Daina Mossop, Dr Goh,  Puan Sharifah Zainon dan kepada mereka yang  tak sempat disebut namannya  terima kasih semua dan kepada  anak anak-murid  kami teruskan menimba ilmu tak kira dimana  jua anda berada. Wassalam .....


SCLEROLOGY



Physical Iridology



Colon Hydrotherapy